Posts

Ngehh Tengok-tengok

Kesimpulan

Kesimpulanya, masyarakat tidak seharusnya mudah berkongsi maklumat apabila menerima berita yang diragui kebenaranya. perkara seperti ini boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan, jika tidak dibendung .Kesan ini boleh menyebabkan permusuhan,pertelagahan, dan hilangnya perasaan kasih sayang,hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. oleh sebab itu kerajaan telah menetapkan ungkapan peringatan ''Tidak Pasti Jangan Sebar'',''Semak Sebelum Sebar'' dan ''Fikir Sebelum Semak'' bagi memelihara dan mengekalkan suasana kondusif, harmoni dan sejahtera dalam negara

Langkah-langkah Mengatasi Berita Palsu

Berikut adalah langkah-langkah mengatasi berita palsu; 1. Bongkarkan Rahsia Berita Palsu -Satu kajian mendapati bahawa berita palsu biasanya tersebar dengan lebih cepat berbanding dengan berita yang sebenar , kerana berita palsu jauh lebih gempak dan mengejutkan contohnya seperti serpihan MH370 dijumpai di Pentagon AS. 2. Buktikan Hasil Pencarian -Bukan sahaja anda membongkar bahawa sesuatu berita itu adalah berita palsu, bahkan sebaiknya anda menggunakan bukti atau sumber sahih yang lain untuk menyokong pandangan anda. 3. Menyokong Rakyat Lebih Celik IT -Internet boleh mendatangkan banyak maklumat yang berguna, tetapi kalau salah guna, kesannya juga banyak. Oleh itu, kita perlulah menyokong sebarang aktiviti untuk melahirkan rakyat yang lebih celik kepada IT dan tahu bagaimana untuk menggunakannya sepenuhnya. -Pada masa yang sama proaktif dalam menangani sebarang masalah atau benda- benda yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna yang lain. -Memandangkan interne...

Pandangan Islam Terhadap Berita Hoax

Pandangan Islam Terhadap Berita "Hoax"    Di dalam al-Quran telah nampak kejelasannya bahawa berita yang "hoax",fitnah atau palsu adalah modal orang-orang munafik untuk merealisasikan niat kotor mereka:    " Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang- orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan kabar bohong di Madinah (dari menyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat. Dimana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya"  (QS. al-Ahzaab 33 : 60-61).    Ingatlah berita palsu dan fitnah itu boleh mengakibatkan impak negatif yang sangat besar sama ada dari sudut keagamaan, negara dan individu itu sendiri dan seterusnya boleh membawa kepada kehancuran sesuatu kaum itu sendiri.

Impak Buruk Penyebaran Berita Palsu Kepada Keamanan Negara

HENTIKAN PENYEBARAN BERITA PALSU!

Portal Sebenarnya.my

Video diatas telah menunjukkan bahawa kita sebenarnya boleh menyemak segala berita-berita yang ada di media sosial di portal www.sebenarnya.my untuk mengetahui kebenaran nya. Wah ini bermakna kita akan lebih mudah untuk mengetahui dan mengesahkan  segala berita di media sosial . 😍😍😍😍😍😍

Video Santai

Jom kita tengok video ni bersama kawan -kawan dan orang sekeliling kita 😍

Membudayakan Amalan "Jika Tidak Pasti, Jangan Kongsi"

Image
Membudayakan Amalan "Jika Tidak Pasti, Jangan Kongsi"   Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan negara. Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata bagi mengatasinya maka amalan "Tidak Pasti, Jangan Kongsi" perlu diterap berikutan masyarakat ketika ini yang cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu "Hakikatnya, terdapat banyak contoh kes yang mana maklumat-maklumat palsu menjadi tular di media sosial. Begitu juga dengan berita-berita lama yang dikitar semula untuk tujuan-tujuan tertentu. "Apa yang dipaparkan dalam internet atau pun media sosial tidak semestinya benar belaka. Oleh itu, pengguna internet perlulah bijak menilai dan menga...