Langkah-langkah Mengatasi Berita Palsu

Berikut adalah langkah-langkah mengatasi berita palsu;

1. Bongkarkan Rahsia Berita Palsu
-Satu kajian mendapati bahawa berita palsu biasanya tersebar dengan lebih cepat berbanding dengan berita yang sebenar , kerana berita palsu jauh lebih gempak dan mengejutkan contohnya seperti serpihan MH370 dijumpai di Pentagon AS.

2. Buktikan Hasil Pencarian
-Bukan sahaja anda membongkar bahawa sesuatu berita itu adalah berita palsu, bahkan sebaiknya anda menggunakan bukti atau sumber sahih yang lain untuk menyokong pandangan anda.

3. Menyokong Rakyat Lebih Celik IT
-Internet boleh mendatangkan banyak maklumat yang berguna, tetapi kalau salah guna, kesannya juga banyak. Oleh itu, kita perlulah menyokong sebarang aktiviti untuk melahirkan rakyat yang lebih celik kepada IT dan tahu bagaimana untuk menggunakannya sepenuhnya.

-Pada masa yang sama proaktif dalam menangani sebarang masalah atau benda- benda yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna yang lain.

-Memandangkan internet ini dipenuhi dengan maklumat yang benar dan salah, pengguna sangat-sangat disarankan untuk menyelidik sesuatu maklumat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa.

4. Kongsikan Berita Dari Sumber Yang Dipercayai
-Ini adalah perkara yang sangat asas, namun masih ramai orang yang mengendahkannya, mungkin mereka ketagihkan likes atau shares kerana berita yang mereka kongsikan jauh lebih hebat dari orang lain.

-Sebaiknya, kita perlulah melatih diri sendiri untuk mengelakkan daripada senang- senang klik butang like dan share di media sosial.

-Pertama, tengok pada page atau individu yang kongsikan link berita tersebut. Adakah link itu dari laman web yang berautoriti dalam mengeluarkan berita? Ataupun sekadar menggunakan platform percuma.

5. Delete Post Berita Palsu & Ambil Tanggungjawab
-Sekiranya anda pernah post sesuatu berita palsu sebelum ini, adalah terbaik sekiranya anda memperbetulkan keadaan. Anda perlu delete post tersebut, atau tinggalkan komen “minta maaf berita palsu” atau sebagainya.

-Kemudian, periksa pula adakah post anda dikongsikan oleh orang lain? Jika ya, hantar mesej mengatakan perkara tersebut dan minta mereka melakukan perkara yang sama seperti anda. Ya, memang penat dan leceh tetapi kenalah ambil tanggungjawab, sebab berani buat berani tanggung.

Comments

  1. Cara nak ada couple macam mane ekk...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat 5 waktu..kalau duit takde jangan nak mengatai nak kawin

      Delete
    2. Ingat allah swt ..couple tiu haram janganlah menghalalkan benda yang haram ...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Faktor-Faktor Tersebarnya Berita Palsu

Membudayakan Amalan "Jika Tidak Pasti, Jangan Kongsi"