Pengenalan: Tak Pasti Jangan Sebar? Kenapa?
Tak Pasti Jangan Sebar
Sudah macam menjadi suatu kebiasaan masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi, iaitu apabila diterima suatu berita (terutamanya melibatkan berita-berita yang panas, hangat dan sensasi), berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti Facebook, Twittter, blog dan sebagainya, berita-berita tersebut akan terus di 'forward' kepada semua rakan-rakan terdekat. Persoalannya, adakah ini dibolehkan dalam islam?
Tahukan kita akan kebenaran berita yang kita sebarkan? Ramai yang menyangkan berita yang disebarkan selalunya benar. "Takkanlah kawan aku nak bohong...". Itu mungkin ayat pertama yang keluar apabila ditanya tentang kebenaran sesuatu kisah. Kawan kita mungkin berkata benar namun masalahnya disini, kebanyakan cerita yang kita dengar di zaman moden ini biasanya telah melalui pelbagai jenis manusia (yang kita tidak tahu akan latar belakangnya) sebelum kisah tersebut sampai kepada kita. Dengan itu, mustahil untuk kita sahkan sesuatu cerita kerana kredibiliti penyampaian cerita itu boleh dipersoalkan.
Islam meletakkan syarat tersebut bagi mengelakkan kesan buruk akan berita yang akan kita sampaikan (terutamanya melibatkan berita yang mana kredibiliti penyampainya boleh dipersoalkan) daripada menimpa masyarakat keseluruhannya.
Sebagai contoh, katakan kita ada menerima suatu e-mel yang menceritakan tentang sesuatu kisah. Tanpa berfikir panjang, kita forward-kan e-mel tersebut kepada semua rakan kita. Kisah tersebut dihantar oleh rakan baik kita. Rakan baik kita pula menerimanya melalui orang lain. Jika ada salah seorang daripada rantaian penyebar kisah tersebut yang telah meminda/mengubah/menambah sedikit fakta daripada cerita yang disebarkan, kita secara tidak langsung telah dikira menyebarkan berita yang tidak benar, walaupun bukan kita yang mengubah cerita tersebut.
Jangan sebar cerita palsu !
Katakan kali ini kita dapat memastikan bahawa cerita yang kita sebarkan itu benar. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba (Namimah), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.
Sumber: http://syedzai.blogspot.com/2010/05/hentikan-budaya-forward-tanpa-usul.html
Comments
Post a Comment