Faktor-Faktor Tersebarnya Berita Palsu

Faktor-faktor tersebarnya berita palsu

Berita palsu ini bermaksud berita yang tidak pasti, tidak benar, dan tidak sahih di mana berita tersebut tiada bukti tetapi direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan oleh mereka. Penyebaran berita palsu ini boleh menjatuhkan maruah seseorang sehingga dapat mendorong seseorang untuk membunuh diri. 

Marilah kita bersama-sama membincangkan tentang hal tersebut.


Antara faktor-faktor tersebarnya berita palsu adalah:


Isi utama media sosial dan aplikasi mesej ialah mesej ringkas, sama ada berbentuk tulisan, berita, gambar dan sebagainya. Bahan seperti ini mudah dibaca dengan pantas, difahami dan kemudian disebar. Inilah salah satu mesej yang banyak memenuhi kumpulan Whatsapp.

Majoriti pengguna media sosial banyak menghabiskan masa mereka dengan melayari laman web seperti Instagram,Whatsapp dan Facebook. Dengan adanya laman web seperti ini banyak berita-berita yang tersebar sama ada berita tersebut benar atau palsu. Oleh sebab itu, ramai pengguna mudah terpedaya dengan berita tersebut sehingga dapat mengunadang perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah.

Berita palsu sering disebarkan kerana menjadi satu sumber hiburan kepada sesetengah orang. Sikap sukakan bahan-bahan troll seperti mengejek, menyidir parti politik atau pemimpin yang mereka tidak suka menyebabkan berita palsu popular.

Celik media (meida literate) ialah kualiti yang perlu dipelajari untuk memahami mesej yang diterima tidak mudah dikenali sebagai berita palsu, seperti berita fitnah daripada media sosial.

Berita palsu mudah tersebar kerana penyebarnya tidak rugi apa-apa  kerana menyebarkannya, dan jika silap pun, tiada hukuman yang dikenakan. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan membantu menyekat penyebaran berita palsu dengan mengenakan hukuman terhadap mereka yang bersalah.

Sebagai konklusinya, apa yang pasti, isu ini akan tetap menjadi isu jika sikap dan takuk minda rakyat kita masih di tahap lama. Selagi mereka masih berdegil dan terus menyebarkan berita-berita palsu, maka kitaran sebegini akan berulang dan tidak ada penghujungnya. Pihak berkuasa boleh menahan dan menangkap si pesalah ini tetapi apa yang dimahukan oleh semua adalah untuk mengikis tabiat buruk menyebarkan berita-berita palsu sedemikian.







Comments

Popular posts from this blog

Membudayakan Amalan "Jika Tidak Pasti, Jangan Kongsi"

Langkah-langkah Mengatasi Berita Palsu