Kes Saman Trafik JPJ dan Polis Dibatalkan
MENTERI PENGANGKUTAN ARAH BATALKAN KESEMUA SAMAN TRAFIK JPJ DAN POLIS
PALSU:
Hangat diperkatakan di media social bahawa Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya kesemua saman yang tertunggak atau belum dijelaskan sebelum 9 Mei 2018 untuk dibatalkan.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan dari Kementerian Pengankutan:
Kami ingin merujuk kepada kenyataan bahawa Menteri Pengangkutan, YB LOKE SIEW FOOK telah memberikan arahan untuk membatalkan kesemua saman trafik tertunggak dan masin belum diselesaikan sebelum 9 Mei 2018 telah tular dan dimuatnaik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di aplikasi sosial Whatsapp, Facebook, dan sebagainya.
"Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan tiada arahan sedemikian dikeluarkan pada 05 Ogos 2018 seperti yang didakwa."
Umum mengetahui bahawa YB Menteri kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Jepun. Malah, tiada dalam perbincangan berhububg perkara ini pernah dibuat. Pihak kami telah mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab sebegini.
Sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian dan orang ramai dinasihati agar merujuk kepada kementerian sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Kesimpulannya,masyarakat tidak seharusnya mudah berkongsi maklumat apabila menerima berita yang diragui kebenaranya. Perkara seperti ini boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan,jika tidak dibendung . Kesan itu boleh menyebabkan permusuhan, pertelagahan, dan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu kerajaan telah menetapkan ungkapan peringatan "Tidak Pasti Jangan Sebar" , "Semak Sebelum Sebar" dan "Fikir Sebelum Tular" bagi memelihara dan mengekalkan suasana kondusif,harmoni dan sejahtera dalam negara
Comments
Post a Comment