Posts

SKMM Lancarkan Portal Semak Berita Palsu

Image
SKMM Lancar Portal Semak Berita Palsu – SEBENARNYA.MY Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), hari ini melancarkan laman portal  SEBENARNYA.MY , sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu. Perasmian portal ini disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Dalam ucapan pada majlis pelancaran ini beliau berkata, “Maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.” Tambah beliau lagi, sehingga kini SKMM telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang menular di dalam negara. Berita palsu bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah. Muka utama portal...

Mesej Dari Dato Hattan. Dengar Yaaa!

   Mari kita dengar dan hayati lagu diatas yang merupakan mesej tidak pasti jangn sebar yang dibawakn oleh dato' hattan. "mendengari  lagu yng menyampaikan pesan positif lebih baik berbanding kita mendengari lagu - lagu yang melalaikan" 

Kes Saman Trafik JPJ dan Polis Dibatalkan

Image
MENTERI PENGANGKUTAN ARAH BATALKAN KESEMUA SAMAN TRAFIK JPJ DAN POLIS PALSU :    Hangat diperkatakan di media social bahawa Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya kesemua saman yang tertunggak atau belum dijelaskan sebelum 9 Mei 2018 untuk dibatalkan. SEBENARNYA : Menurut kenyataan dari Kementerian Pengankutan : Kami ingin merujuk kepada kenyataan bahawa Menteri Pengangkutan, YB LOKE SIEW FOOK telah memberikan arahan untuk membatalkan kesemua saman trafik tertunggak dan masin belum diselesaikan sebelum 9 Mei 2018 telah tular dan dimuatnaik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di aplikasi sosial Whatsapp, Facebook, dan sebagainya. "Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan tiada arahan sedemikian dikeluarkan pada 05 Ogos 2018 seperti yang didakwa." Umum mengetahui bahawa YB Menteri kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Jepun. Malah, tiada dalam perbincangan berhububg perkara ini pernah dibuat. Pihak kami...

Fakta vs Auta? Siapakah Yang Menang?

Fakta atau Auta kebiasaannya masyarakat zaman sekrng lebih percayakan berita auta berbanding menyelidikinya dahulu. Oleh sebab itu dengn mempercayai berita Auta (palsu) masyarakat kita ramai yang berpecah belah. Kesimpulannya, dengan adanya video diatas ia telah mengajari kita dengan menyelidiki dahulu berita atau info fakta nya terlebih dahulu  sebelum menyebarkan berita tersebut  . Oleh itu keharmonian masyarakat dan negara akan terjamin dengan tiada penyebaran  berita palsu atau auta. "Berfikir la dengan bijak sebelum melakukan sesuatu"

Faktor-Faktor Tersebarnya Berita Palsu

Faktor-faktor tersebarnya berita palsu Berita palsu ini bermaksud berita yang tidak pasti, tidak benar, dan tidak sahih di mana berita tersebut tiada bukti tetapi direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan oleh mereka. Penyebaran berita palsu ini boleh menjatuhkan maruah seseorang sehingga dapat mendorong seseorang untuk membunuh diri.  Marilah kita bersama-sama membincangkan tentang hal tersebut . Antara faktor-faktor tersebarnya berita palsu adalah: Isi utama media sosial dan aplikasi mesej ialah mesej ringkas, sama ada berbentuk tulisan, berita, gambar dan sebagainya. Bahan seperti ini mudah dibaca dengan pantas, difahami dan kemudian disebar. Inilah salah satu mesej yang banyak memenuhi kumpulan Whatsapp. Majoriti pengguna media sosial banyak menghabiskan masa mereka dengan melayari laman web seperti Instagram,Whatsapp dan Facebook. Dengan adanya laman web seperti ini banyak berita-berita yang tersebar sama ada berita tersebut benar atau palsu. O...

Kes Tsunami di Hawaii

Image
Kes Yang Pernah Berlaku Antara salah satu kes yang pernah berlaku di Hawaii, Amerika Syarikat. Suatu i syarat kontroversi itu hanya datang tiga minggu selepas telefon bimbit di Hawaii melancarkan amaran palsu bahawa pulau itu berada di bawah serangan peluru berpandu balistik. Dalam kejadian itu, seorang pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii menolak butang yang salah semasa ujian, mencetuskan panik yang meluas. Pekerja itu telah dipecat.Dalam insiden Selasa itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata masalah teknikal adalah untuk menyalahkan. NWS menjalankan ujian bulanan tetapi beberapa pengguna telefon bimbit menerima amaran yang kelihatan seperti amaran sebenar. AccuWeather, salah satu perkhidmatan yang diberikan pada amaran itu, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa maklumat itu telah dicipta oleh NWS. "Walaupun perkataan 'TEST' berada di tajuk, kod sebenar dibaca oleh komputer menggunakan pengekodan untuk amaran sebenar, menunjukk...

Pengenalan: Tak Pasti Jangan Sebar? Kenapa?

Image
Tak Pasti Jangan Sebar    Sudah macam menjadi suatu kebiasaan masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi, iaitu apabila diterima suatu berita (terutamanya melibatkan berita-berita yang panas, hangat dan sensasi), berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti Facebook, Twittter, blog dan sebagainya, berita-berita tersebut akan terus di ' forward ' kepada semua rakan-rakan terdekat. Persoalannya, adakah ini dibolehkan dalam islam?     Tahukan kita akan kebenaran berita yang kita sebarkan? Ramai yang menyangkan berita yang disebarkan selalunya benar. " Takkanlah kawan aku nak bohong... ". Itu mungkin ayat pertama yang keluar apabila ditanya tentang kebenaran sesuatu kisah. Kawan kita mungkin berkata benar namun masalahnya disini, kebanyakan cerita yang kita dengar di zaman moden ini biasanya telah melalui pelbagai jenis manusia (yang kita tidak tahu akan lat...