SKMM Lancarkan Portal Semak Berita Palsu
SKMM Lancar Portal Semak Berita Palsu – SEBENARNYA.MY Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), hari ini melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY , sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu. Perasmian portal ini disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Dalam ucapan pada majlis pelancaran ini beliau berkata, “Maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.” Tambah beliau lagi, sehingga kini SKMM telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang menular di dalam negara. Berita palsu bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah. Muka utama portal...